Saturday, 20 January 2018

pengenalan

Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal dikawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kalimantan TimurBruneiSabah dan Sarawak. Di Sarawak, mereka digolongkan dalam kelompok masyarakat Orang Ulu.
Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Murut kolor atau Murut Sipitang atau Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal adalah mereka yang tinggal di hulu sungai), seperti di Kg. Long Pasia dan Kg. Long Mio, Maligan, Sipitang, Sabah. Sementara di Sarawak dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang tempatan atau orang pribumi. Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai LawasTrusan dan Limbang.

No comments:

Post a Comment

Budaya dan cara hidup

Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan  Kelabit  banyak persamaan. Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi b...