Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan. Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi (Lati ba'). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip dipanggil Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan di dalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai (narar).
Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang main. Dikawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.
Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil kuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula dipanggil sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil abpar. Parang panjang yang diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka mengenakan pata di kepala, beret di pinggang, bane di leher dan gileng atau pakel di tangan serta lengan. Suku kaum Lun Bawang juga sangat popular dengan alat muzik yang diperbuat dari buluh. Mereka memainkan ini dalam kumpulan. Perempuan meniup suling dan lelaki meniup bass.
Di Sarawak bermula pada 1hb Jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakan Irau Aco Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hari Gawai Dayak. Semasa perayaan ini berlangsung pelbagai pertunjukan kebudayaan dari suku kaum Lun Bawang dapat disaksikan.
No comments:
Post a Comment