
Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan
Kelabit banyak persamaan. Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit
(tana luun) dan sawah padi
(Lati ba'). Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau
itip dipanggil
Nuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan di dalam buluh selama lebih sebulan dipanggil
telu serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai
(narar).
Mereka juga mendapat sumber
garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai
lubang main. Dikawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil
purut.

Suku kaum Lun Bawang kaya dengan kraftangannya. Dahulu kala, Pakaian kaum lelaki diperbuat dari kulit kayu yang dipanggil
kuyu talun. Kain yang dililit dikepala pula dipanggil
sigar sementara cawat yang dipakai dipanggil
abpar. Parang panjang yang diikat dipinggang dibawa untuk pergi berperang dipanggil
pelepet. Bagi kaum wanita pula, mereka mengenakan
pata di kepala,
beret di pinggang,
bane di leher dan
gileng atau pakel di tangan serta lengan. Suku kaum Lun Bawang juga sangat popular dengan alat muzik yang diperbuat dari buluh. Mereka memainkan ini dalam kumpulan. Perempuan meniup
suling dan lelaki meniup
bass.
Di Sarawak bermula pada 1hb Jun setiap tahun diadakan satu pesta yang dinamakan
Irau Aco Lun Bawang dirayakan di bandar Lawas sempena perayaan hari
Gawai Dayak. Semasa perayaan ini berlangsung pelbagai pertunjukan kebudayaan dari suku kaum Lun Bawang dapat disaksikan.
No comments:
Post a Comment